Thursday, 22 November 2012

Tahun 1  

Unit 3: 
Keluarga

Topik: 
Keluarga saya 
 
Pengenalan: 
Unit ini membolehkan murid-murid tahu, kenal, huruf vokal dan sukukata,  membaca dan menulis percatan dengan betul. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kemahiran standard kurikulum transformasi yang telah diwujudkan untuk murid-murid pendidikan khas dalam Program Transformasi Kurikulum Tahun 1

 Standard Kandungan:  
1.4    Berbual/menyebut dengan berisyarat tentang perkara yang bertemakan kekeluargaan, kemasyarakatan, kebersihan, kesihatan dan keselamatan dalam dituasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
 

Pernahkah anda mendengar nyanyian '123 sayang semuanya'. Mari kita menyanyi menggunakan kod tangan. Sebelum itu apa kata kita lihat dulu bagaimana adik Aleeya Maisara menggunakan kod tangan untuk lagu '123 sayang semuanya'


Satu, satu aku sayang ibu
Dua, dua aku sayang ayah
Tiga, tiga sayang adik kakak 
Satu, dua, tiga sayang semuanya  
Satu, dua, tiga sayang semuanya

  Satu, satu aku sayang ibu
 Dua, dua aku sayang ayah
 Tiga, tiga sayang adik kakak 
 Satu, dua, tiga sayang semuanya
 Satu, dua, tiga sayang semuanya  



Satu 2X
aku
sayang

ibu

Satu, satu aku sayang ibu


Dua 2x
aku
sayang











ayah

 Dua, dua aku sayang ayah
Tiga 2X
aku
sayang










adik
kakak
Tiga, tiga sayang adik kakak



Satu
dua
tiga

sayang
semua 
Satu, dua, tiga sayang semuanya  2x




Terima kasih adik Aleeya Maisara. Bagaimana? seronok bukan. Cuba anda kenal, ingat dan faham akan bahasa isyarat ini dan kita nyanyikan bersama-sama dengan 'lagu 123 sayang semuanya' melalui video ini.


laman web ini dipetik dari youtube

 

Tuesday, 20 November 2012


Falsafah Pendidikan Khas


" Falsafah Pendidkan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."

  

Visi Pendidikan Khas

Setiap pelajar, termasuk pelajar berkeperluan khas dapat mencapai potensi pembelajaran mereka di dalam suasana persekolahan secara inklusif dengan dibantu oleh guru-guru yang khusus dilatih.

 

Misi Pendidikan Khas

Unit Pendidikan Khas bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dan semua pelajar dengan persekolahan secara inklusif dengan menganggap semua kanak-kanak itu adalah istimewa dengan masing-masing mempunyai keperluan dan kebolehan berbeza.

Keluarga saya

Tahun 1  

Unit 3: 
Keluarga

Topik: 
Keluarga saya 
 
Pengenalan: 
Unit ini membolehkan murid-murid tahu, kenal, huruf vokal dan sukukata,  membaca dan menulis percatan dengan betul. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan kemahiran standard kurikulum transformasi yang telah diwujudkan untuk murid-murid pendidikan khas dalam Program Transformasi Kurikulum Tahun 1

 Standard Kandungan:  
2.2 Membaca dan memahami perkataan , frasa, rangkai kata dan ayat.
3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa, rangkai kata dan ayat dengan betul dan kemas


Mari mengenali ahli keluarga anda


Ayah

 

Ayah

Tangan kanan huruf 'a' diletakkan di atas dahi




Ibu

Ibu

Tangan kanan huruf  'i' diletakkan pada dagu

Sambutan Hari Kemerdekaan



Sambutan Hari Kemerdekaan dan Sambutan Hari Raya




Sambutan Hari Kemerdekaan disambut meriah oleh kanak-kanak pendidikan khas masalah pendengaran mahupun masalah pembelajaran.




Kanak-kanak bermasalah pendengaran dan masalah pembelajaran mengadakan persembahan menyanyikan lagu patriotik  dan lagu raya. Wah! begitu semangat mereka menyanyikan manakala kanak-kanak bermasalah pendengaran menyampaikan nyanyian melalui kod tangan bahasa isyarat dengan bimbingan 
guru pendidikan khas.  





Monday, 19 November 2012

Mari belajar bahasa isyarat abjad dan nombor


Mari kita belajar mengenali Bahasa Isyarat Bahasa Malaysia. Bahasa isyarat ini adalah bahasa isyarat utama bagi kanak-kanak  yang bermasalah pendengaran. Mari kita lihat dulu bagaimana huruf abjad A, B, C dan juga nombor dalam bentuk kod tangan. Bersiap sedia untuk aktiviti memanaskan tangan anda.




Sumber ini dipetik dari youtube

Bagaimana? Bolehkah anda mengikutinya. Tidak susah bukan cuma mengambil masa untuk belajar supaya anda mahir Di sini saya kepilkan gambarajah huruf dan nombor bahasa Isyarat.



Sumber ini dipetik dari laman web howstuffworks


Utama