Falsafah Pendidikan Khas
"
Falsafah Pendidkan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia
menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan
khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari,
berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari
potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."
Visi Pendidikan Khas
Setiap
pelajar, termasuk pelajar berkeperluan khas dapat mencapai potensi
pembelajaran mereka di dalam suasana persekolahan secara inklusif dengan
dibantu oleh guru-guru yang khusus dilatih.
Misi Pendidikan Khas
Unit
Pendidikan Khas bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bagi
kanak-kanak berkeperluan khas dan semua pelajar dengan persekolahan
secara inklusif dengan menganggap semua kanak-kanak itu adalah istimewa
dengan masing-masing mempunyai keperluan dan kebolehan berbeza.
Anda boleh dapatkan dokumen kurikulum dengan pautan laman web ini:-
No comments:
Post a Comment